Tuesday, February 9, 2010

tidak sabar mahu cuti!!!

sakit hati dengan test tadi. bukan tak belajar tapi tak baca semua notes. otak saya bukanlah scanner mahu scan semua notes didalam kepala. ku toleh kiri ku lihat tangan bey pun lama tidak bergerak. apatah lagi saya. kenapa saya pointkan kepada bey? sebab dia adalah pelajar dekan. jadi harus kamu tahu bagaimana saya tak dapat jawab soalan itu. :'( 1 soalan saja yang susah tapi markahnya 10 per 35 ok!. :"(

esok ada test lagi. nasib baiklah subject kira2 + teori.

I REALLY HATES READING SUBJECT!
**cepat2lah 2 hari ni berlalu pergi. cuti start pukul 6 hari KHAMIS. harharhar..

Sunday, February 7, 2010

Masih ingatkah anda semua dengan Nurul Af2? #1


Masih ingatkah anda semua dengan Nurul Af2? Ada sesiapa peminat Nurul af2 disini? Saya sudah tentunya. Walaupun Nurul agak menyepi dalam dunia seni tapi tetap aktif lagi dalam bidang lain iaitu bidang perniagaan. Sesiapa peminat setia nurul tetap akan mengikuti perkembangan dia di facebook-nurullah abdul hamid mahupun Nurulfanclub.com.


Kalau anda nak tahu, Nurul adalah penulis lirik lagu ‘permata dijiwa’ yang dinyanyikan oleh shazroul. Sesiapa yang rasa rindu kat Nurul, marilah tengok drama terbaru yang akan dilakonkan oleh nurul bersama pelakon2 lain, iaitu:

Tajuk drama: Cintaku DiMukah(13 episod)
Tarikh:8 feb(isnin-khamis)
Masa: 3.30-4.30 ptg.




JANGAN LUPA OK!
sukee gambar ni. warna baju pun sesuai dengan Nurul.

(sumber kedua2 gambar:facebook nurul)
promote sikit:

cantik tak gambar tu? kalau ada yang memerlukan servis untuk tangkap gambar boleh g website http://www.keyramansor.com/ / Absyar 017-7773190.



Betta Fantasia Resources tu syarikat Nurul dan kawan2(mun salah tolong betulkan). nak tau pasal business apa sila g http://www.bettafantasia.com/. nanti kalau ada masa panjang, saya promote lagi yang lain2.


sesiapa ada nak tinggalkan ucapan untuk Nurul. boleh tinggalkan komen kat sini. InsyaAllah nanti suruh Nurul baca.



P/s:ada sambungan.. tunggu..

Saturday, February 6, 2010

Birthday My Bestie....

HAPPY 22th BIRTHDAY MY BESTIE!!! may ALLAH S.W.T. bless you.

Semalam 4hb adalah birthday my bestfriend, Has. :) tapi kami sambut in advance sehari pada 3hb. 3hb pulak adalah birthday mak has..hehe. sambut birthday in advance sehari sebab petang semalam, khamis. Saya bey dan amy mahu balik kerumah masing2.

Bermula dengan mahu planning dia punya birthday sangat lucu. Has sangat eksyen tak mahu makan pizza hut :P puas amy dan bey memujuk,belum lagi campur dengan saya. petang tu, ajak makan SCR(singapore chicken rice) baru dia mahu. Alkisahnya, dalam perjalanan nak ke SCR, bey sms. ‘SCR penuh alu(sangat) orang.tukar ke pizza hut’..hahaha. akhirnya pizza hut gak tempat yang dituju.

Amiey,bey,has, ros dah jalan dulu. Zana,salmi saya dan nad jalan kemudian. Alah, pizza hut tu boleh dijalan kaki je dari uitm. Tak jauh la kalau dari kolej serapi, apatah lagi kolej mulu TAPI kolej gading memang jauh. Penat jugak kaki berjalan malam itu. Tapi demi kawan,saya sanggup. Chewahhh.. last sekali yang datang adalah faz. Ehem2 si has. Rumah dia jauh tu ler lambat sikit datang.

Semua tengah kelaparan terutama zana dan salmi sebab dorang dari tengahari tak makan woo… diet duit kata mereka. Saya walaupun kelaparan jugak tapi tetap tak habis pizza 4 slices tu(semua order set 1 person). Sangat amazing zana abiskan pizzanya. saya dan nad challenged. sapa dapat mengabiskan meal masing2. Last2 saya surrender ajelah. Malah dia makan lebih dari saya.lapar na u malam ya?..haha

Has dan bey membebel pasal menu mereka yang ‘hangus’ dan tak sedap. Amy dan ros no komen,makan ajelah. pizza hut kat desa ilmu tak best.serious! dah selalu tak de cheese,sos pun kekurangan. Sup bagi tak penuh mangkuk dah tu sup tu pulak lecturer saya kata, dia tambah banyak air(sebab manager tu his friend)hmm..bad servis boleh menyebabkan pelanggan xsuka. Tapi cara managaer tu fikir lain, alahh..pelajar uitm n unimas je..nak tak nak dorang nak makan pizza terpaksa dorang datang sini. Nak untung cepat buat ler macam tu..cheese kek punya manager pizza hut desa ilmu! So, bila datang pizzahut situ je wajib ada complain dari sesama sendiri. Kalau dah belajar business tengok ada yang tak kena mesti la complain.ahaha.. EH EH EH..DAH LARI DARI TAJUK ASAL NI…huhuhu..sorry.

Tengah2 makan, faz pun datang. Dan mula la acara potong kek. Lepas tu, biasala kan acara tangkap2 gambar.Masa sambut besday has, ada lagi 1 group yang sambut birthday gak. So, kami pun bersama2 nyanyi ‘happy birthday to u’kepada mereka. part of them is our friends too..tahun lepas sambut birthday has kat kantin pun ada gak orang sambut birthday sama2.

Masa balik, kami agak berpecah. Amy bey ros jalan dulu.oleh sebab nad nak beli barang sikit,dia siggah kedai strawberry. Biarkan couple tu jalan berdua, taknak le jadi nyamuk..eheks..:P Nasib baik la jugak nad ikut. Ada la jugak teman saya yang berjalan lambat nih. Si zana dan salmi tu jalan laju. Saya selalu ketinggalan dibelakang. Isk isk. Itupun ajak nad disaat2 akhir. So, bila dah lama tak jumpa ngan kawan sudah tentunya banyak cerita yang keluar. Topik tetap mestilah ada pasal blog.hehe. apa yang pasti,malam yang best walaupun penat. =)

Ucapan birthday untuk has, macam tahun lepas gak..semoga panjang umur,sukses2 dalam pelajaran and so on.hehe…(perasan tak kalu ucapan birthday setiap tahun mesti sama?) Tapi nak tambah 1 yang penting..ehem2.. moga berkekalan…ehehehe.



cake birthday gurl a.k.a. amoi.. :)

bapak, mak, anak2 dibelakang..oww awesome!ehee..

wif ex rumate, has..

"tangkap gambar sapa ya nad?"

KAMI
**sem depan sambut birthday kamek juak!! ahaha. birthday saya time cuti sem, jadi selalu tak kena dangan tarikh. T.T

Tuesday, February 2, 2010

my sixth sense is always right.




masih ingat dengan entry ini? nampaknya naluri saya memang betul. Academic trip to singapore dah di approvekan. :) Pergi dari 10-14 may kalau tiada aral melintang. selepas final exam. boleh la release tension selepas examkan. kalau dah academic trip finance students mesti melawat bank je kerja. tak pe la.. harap enjoy2 je nanti. subsidi diluluskan rm33k. tapi cam tak cukup je..hehe.. takpe,syukur apa yang ada kan.

TAPI...


Approval dari bos di bintulu masih belum ada. Doakan supaya diluluskan ye..


**ada sesiapa tahu pasal singapore macam hotel, tempat makan halal, tempat best2? tinggal2 la komen k. :)



Sunday, January 31, 2010

FRIENDSHIP CONTEST

Actually masa tengah blogwalking, terlihatlah contest ini. oleh cik mar. memang rasa nak join. sesuai la sikit dengan citarasa saya ni kan. inilah friendship contest. letak gambar dengan kawan2. nak tau syarat2 lebih lanjut, pergi la ke blog cik mar. tapi syarat wajib, harus letak banner dibawah ini. cik mar dan kawan2.


mari kita lihat gambar apakah yang saya akan pertaruhkan
Tadaa!!!


Jaja-bey-me-shu-has-azma-amy-ain-nad-hana(kat tgh laut di belakang) wif some1

yeayyy!!!

"OUR FRIENDSHIP WILL LAST FOREVER"

Tengok gambar ni dah tau betapa girangnya hati kami semua sebagai kawan.Kenangan yang tak dapat dilupakan. Pada semester akhir diploma tahun lepas. Bercuti kat damai beach resort. Menunjukkan our friendship is happening-joy-lovely-sad(sebab muka semua gelap,sedih sebab muka tak nampak :p) pada waktu senja yang mendamaikan. Kami masing2 adalah classmates. Bila tengok gambar ini, rasa rindu ssangat dengan mereka. 5 orang dah balik ke tempat asal semenanjung dan further study kat sana. 5 lagi masih tetap di Sarawak pun tengah menyambung belajar gak. Masing2 dengan ada perangai sendiri tapi tetap boleh ngam. Teman belajar bersama2,itu yang penting membuatkan hari ini kami Berjaya mengharungi kepayahan,susah senang hidup tanpa keluarga disisi. Susah senang pun bersama.

Masa ni tengah final exam. Ada gap panjang, 9 hari.sempat lagi nak enjoy tu…huhu.3 hari 2 mlm pulak tu. Ambil gambar pakai kemera timing.Timing pun memang betul la masa lompat tu.tak sangka plak sangat menjadi lompatan kiteorang. So niceee~ rindu sangat kat jaja-azma-shu-ain dan hana.semua kat uitm shah alam sekarang.

dah masuk contest, mesti nak menangkan :P.mengharapkan yang terbaik dari juri. =)

**cinta mungkin boleh hilang tapi persahabatan akan kekal selamanya...

Saturday, January 30, 2010

sayang has!

i love u has.


ok, faz jangan jelous. haha. malam ni saya makan Salad Chicken Rice dari singapore chicken rice lagi.(scr) :) setinggi2 ucapan terima kasih kepada has kerana menawarkan pakej membeli dan menghantar nasi itu ke bilik saya. ok,sebenarnya dia memang makan kat situ dengan abangnya.


alkisahnya, petang tadi tidak tahu mahu makan apa. mahu jalan ke dewan makan amat malas. kiosk pun tak buka. jadi merancang mahu makan maggi je lah. tiba2....dapat sms dari has tanya mahu makan scr kah? sudah tentulah saya jawab mahu mahu..heheh..pucuk dicita ulam mendatang. :)


dan gambar salad chicken rice dari scr.




dibelanja pula oleh abangnya.. thank you very much. moga dimurahkan rezeki. :)
terima kasih kerana bersusah payah buat 'food delivery'.


**SCR kat belakang uitm dah bukak. ada promosi. baru buka hari ni.

Friday, January 29, 2010

klasmet ku lesB?

appu waii... apa dah jadi ni? adakah keterlalubanyakan assignment membuat kepala kawan2 ku menjadi weng2?
semalam...ku lihat ini..

hari ini ku lihat ini... (-_-")

lesbo kah..? uuuu!!!

ohhh semenjak 2 menjak ini bafinians(geng bafin) telah weng2 sikit. masalah sosial nih.. adeih la kawan2 ku.sila lah kembali ke pangkal jalan. oo A**E heart attack si A**k tengok ktk pun status kat fb ya klak. sampe ati in relationship ngan orang lain.huhuh

HAHAHAH... saja je nak buat suspen kan. dorang bergurau je. ye inilah classmates ku yang gila semuanya. effect daripada kelas MD.banyak urat otak dah putus2. saya masih boleh bertahan.urat tak putus lagi. semuanya mainan semata2 ye..heheh. no bengkok2 lah.

oo nad..rumet kawu salah sorang dari yang sot..ahaha..shhh...don't tell her about this entry ..hahahaha....

**urat kepala otakku hampir serabut..................with assignment.